Jumaat berkah dengan sedekah.
Pada setiap hari Jumaat, Rumah Kebajikan Baitul Jannah Maran lazimnya akan mengagihkan sajian makanan kepada orang awam di sekitar daerah Maran. Sejak kebelakangan ini, warga Baitul Jannah berasa sangat gembira kerana semua makanan untuk program Infaq Jumaat disediakan oleh anak-anak Baitul Jannah. Semoga barakah makanan ini buat penerima, barakah juga rezeki…
Jangan tunggu kaya untuk bersedekah, sebaliknya bersedekahlah untuk membuka pintu rezeki dan harta.
Baru-baru ini terdapat seorang individu telah datang ke Rumah Kebajikan Baitul Jannah Maran untuk menyampaikan sumbangan wang fidyah keluarganya dalam jumlah yang agak banyak. Jika digunakan untuk makanan sehari-hari warga Baitul Jannah, ianya lebih daripada mencukupi untuk menampung sehingga tiga bulan makan.…
Bacalah Al-Quran walaupun satu muka surat setiap hari kerana Al-Quran memberi petunjuk ke jalan yang benar. Al-Quran penawar jiwa ubat kepada hati.
Pertubuhan Kebajikan Baitul Jannah Negeri Pahang telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran pada 27 April 2022 jam 09.00 pagi di Rumah Kebajikan Baitul Jannah. Majlis yang dianjurkan setiap tahun pada bulan ramadhan ini disertai…
Bencana bukan kehendak alam.
Sumbangan RM 3,000 keseluruhan untuk kami Pertubuhan Kebajikan Baitul Jannah habiskan bagi membeli kelengkapan masjid yang terjejas akibat banjir agar kembali beroperasi semula. Antara kelengkapan yang ingin diganti ialah sejadah, al Quran, rehal dan rak.
Mungkin ramai yang terlepas pandang akan masjid-masjid kecil seperti ini, hal ini kerana faktor kedudukan masjid…
"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, darah (yang keluar mengalir), daging khinzir (termasuk semua anggota tubuhnya), binatang-binatang yang disembelih bukan kerana Allah, yang mati tercekik, yang mati dipukul, yang mati kerana jatuh dari tempat yang tinggi, yang mati ditanduk, yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala." (al-Maidah:…
Ramai yang percaya akan datangnya kematian, namun hanya sedikit yang bersiap.
Pada 27 Mac 2022 yang lepas, Rumah Kebajikan Baitul Jannah Maran, Pahang telah berjaya melaksanakan Kursus Pengurusan Jenazah bersama Squad Pengurusan Jenazah Malaysia (SKJM).
Pengurusan jenazah adalah fardu kifayah yang perlu dipelajari kerana sekiranya di sesebuah kampung tiada seorang pun penduduk yang mengambil tanggungjawab…
"Sesungguhnya Allah mengurniakan rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki tanpa perhitungan." (Ali Imran: 37)
Bagi memberikan keceriaan kepada anak-anak yang tidak bernasib baik, seorang sahabat Baitul Jannah telah menaja kasut raya untuk anak-anak di Baitul Jannah. Keceriaan jelas terpancar pada wajah 18 penghuni Rumah Kebajikan Baitul Jannah, Maran apabila berpeluang memilih kasut raya mereka di…
Ramadan bulan diturunkan al-Quran seperti firman Allah SWT yang bermaksud: "Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan membezakan antara yang benar dengan yang salah." (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Rumah Kebajikan Baitul Jannah Maran turut tidak ketinggalan dalam mengimarahkan Ramadan kali ini dengan fokus…
Rezeki yang paling manis adalah rezeki yang dikongsi.
Agihan 25 pek makanan iftar oleh Rumah Kebajikan Baitul Jannah Maran setiap hari bermula 1 Ramadan sehingga 26 Ramadan. Bantuan berbentuk pek makanan juadah berbuka puasa ini diagihkan masing-masing kepada penduduk di sekitar Maran.
Menu yang disediakan berbeza dan dipelbagaikan setiap hari dengan setiap hidangan mengandungi…
Atas nama Kemanusiaan, Demi Insan untuk Insan.
Agihan Bakul Ramadan di sekitar daerah Maran. Inisiatif ini menzahirkan komitmen dan tanggungjawab Baitul Jannah untuk terus memelihara kebajikan masyarakat yang tidak berkemampuan dari semasa ke semasa.
Setiap Bakul Makanan ini mengandungi barangan makanan keperluan asas seperti beras, gula, tepung gandum, bihun, kicap, sardin, biskut, minyak dan garam.…