Agihan Beras Fidyah

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan. Jika ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadhan. Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Pertubuhan Kebajikan Baitul Jannah memulakan hari pertama ramadan tahun 2023 ini dengan mengagihkan beras fidyah sebanyak 700kg kepada pekerja pembersihan Alam Flora. Program ini telah menjadi kebiasaan setiap tahun pada bulan ramadan bagi Baitul Jannah untuk mengagihkan beras fidyah beserta barangan asas makanan kepada golongan asnaf zakat.

Terima kasih kepada semua pembayar fidyah. Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua.

562740138603 (Maybank)

PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL JANNAH NEGERI PAHANG

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *