Belajar Membuat Kek
Pusat Masakan KEMAS dikendalikan oleh Pemaju Masyakat Masakan yang berkemahiran serta mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran.
Pengurusan harian, mingguan dan bulanan Pusat Masakan dilaksanakan dalam bentuk latihan, bengkel dan projek. Antara modul yang digunakan ialah Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Timur, Pastri dan Bakeri, Kuih-muih Melayu, Pengurusan Penyajian Makanan dan Pemprosesan Makanan.
Baru-baru ini para pelajar Rumah Kebajikan Baitul Jannah Maran telah diundang ke Pusat Masakan KEMAS Maran untuk belajar cara-cara bagaimana membuat kek. Setibanya di sana, mereka diberikan penerangan mengenai bahan-bahan yang akan digunakan untuk membuat kek. Seusai itu, mereka segera memulai membuat kek sambil diajar dan dipantau oleh seorang cef yang merupakan tenaga pengajar di pusat masakan tersebut. Selain itu, mereka juga diperlihatkan bagaimana cara untuk memasak spagheti.
Mengajar kanak-kanak memasak bukanlah sesuatu tugas yang mudah. Kesabaran memang diperlukan untuk mengajar mereka menggunakan pisau dengan cermat, membersihkan buah-buahan dan sayuran dengan betul, dan mengikuti sesebuah resipi tanpa mengambil jalan mudah.
Namun begitu, masa yang dihabiskan untuk melakukan semua ini pasti berbaloi. Ibu bapa boleh gunakan peluang ini untuk merapatkan ikatan dengan anak di samping mereka pun boleh mendapat pelbagai manfaat.
562740138603 (Maybank)
PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL JANNAH NEGERI PAHANG
Add Comment