Berkebun

Tanaman Hijau adalah pembawa oksigen yang terbesar di bumi ini. Tanaman-tanaman akan mengurangkan karbon dioksida yang akan menyebabkan kepanasan alam sekitar.

Antara aktiviti lain yang dilakukan oleh warga Baitul Jannah adalah menanam pokok. Aktiviti penanaman pokok dapat memupuk semangat dan menyemai perasaan cintakan akan alam sekitar terutamanya dalam kalangan para anak-anak di Rumah Kebajikan Baitul Jannah Maran.

Tahi-tahi kambing dijadikan sebagai baja tanaman pokok-pokok di Baitul Jannah. Pokok ni hasil sumbangan seorang sahabat Baitul Jannah dan sebahagian lagi usaha tukang masak serta anak-anak Baitul Jannah.

Pengalaman penanaman pokok ini seharusnya diberikan peluang kepada semua pelajar supaya mereka dapat mengetahui kelebihan menanam, menyiram dan juga menjaga pokok yang telah ditanam.

Oleh itu, diharapkan aktiviti penanaman pokok yang dijalankan ini dapat memberi manfaat kepada warga di Rumah Kebajikan Baitul Jannah Maran secara keseluruhannya.

562740138603 (Maybank)

PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL JANNAH NEGERI PAHANG

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *