Ibadah Korban 2022
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” – Riwayat al-Tirmizi
Syukur kepada Allah, telah sempurna amanah penyembelihan seekor lembu di bawah Rumah kebajikan Baitul Jannah Maran.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada individu yang telah mengambil bahagian dalam program ibadah korban Baitul Jannah pada kali ini. Semoga Allah SWT terima ibadah kita kali ini dan mendekatkan kita pada Allah SWT.
48kg daging, organ dan tulang telah diagihkan oleh anak-anak Baitul Jannah untuk asnaf sekitar dan bakinya buat hidangan anak-anak Baitul Jannah.
Pelaksanaan ibadah korban Hari Raya Aidiladha bukan sahaja dapat meringankan beban golongan kurang berkemampuan namun mampu menceriakan golongan berkenaan. Apatah lagi ketika negara berdepan dengan kenaikan harga barang yang menyaksikan ramai golongan yang terkesan. Beberapa penduduk yang ditemui berkata pemberian daging korban amat bermakna bagi mereka yang kurang berkemampuan.
562740138603 (Maybank)
PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL JANNAH NEGERI PAHANG
Add Comment