Berkongsi Nikmat Rezeki: Tidak perlu tunggu kaya
Berkongsilah untuk menjadi seorang yang kaya jiwa dan harta benda. Inilah sebahagian pendidikan kami untuk anak-anak Rumah Kebajikan Baitul Jannah Maran. Didik mereka untuk berkongsi dan memberi. Dalam masa sama mendidik mereka berkomunikasi dan berkasih sayang.
Rumah Kebajikan Baitul Jannah telah mengagihkan 10 set barang-barang keperluan bersama anak-anak Baitul Jannah. Penerima terdiri daripada muallaf, asnaf, warga emas yang tinggal sendirian dan OKU.
Dana yang kami perolehi adalah hasil dari sumbangan orang awam. Anggaran untuk sepuluh set barangan keperluan ialah enam ratus ringgit.
Kita betul-betul tidak tahu kesusahan apa yang dihadapi mereka. Tetapi kita kongsi dengan harapan dapat kurangkan kesusahan mereka.
Terdapat ramai lagi orang-orang kampung yang miskin di Maran ini yang memerlukan barang keperluan sebegini. Jika ada penderma yang ingin amanahkan kami untuk mengagihkannya. Kami bersedia memberi kerjasama. Tiada kuantiti minimum ditetapkan, anggaran kos bagi satu set barang keperluan berjumlah enam puluh ringgit.
562740138603 (Maybank)
PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL JANNAH NEGERI PAHANG
Add Comment