SANTUNI ASNAF

Jangan tunggu kaya untuk bersedekah, sebaliknya bersedekahlah untuk membuka pintu rezeki dan harta.

Baru-baru ini terdapat seorang individu telah datang ke Rumah Kebajikan Baitul Jannah Maran untuk menyampaikan sumbangan wang fidyah keluarganya dalam jumlah yang agak banyak. Jika digunakan untuk makanan sehari-hari warga Baitul Jannah, ianya lebih daripada mencukupi untuk menampung sehingga tiga bulan makan.

Oleh yang demikian, kami membuat keputusan untuk menggunakan sebahagian daripada wang tersebut untuk membeli barang asas makanan berserta beras untuk diagihkan kepada golongan asnaf yang berada di sekitar daerah Maran. Kami telah menyasarkan 60 buah keluarga asnaf dalam tempoh dua minggu ini untuk kami kongsikan sedikit rezeki ini bersama. Turut kami bawa bersama-sama anak-anak Baitul Jannah santuni asnaf dalam mengedarkan barangan makanan sebanyak 15 set.

Bagaimanapun, sudah tentu bantuan ini tidak dapat diterima oleh semua orang dan ia tidak mencukupi. sehubungan dengan itu, kami berharap pihak berwajib dan badan bukan kerajaan (NGO) yang lain juga disaran agar dapat menyantuni golongan asnaf dengan lebih kerap lagi. Ia bagi mengelakkan masalah keciciran dalam proses penyaluran bantuan kepada golongan tersebut.

562740138603 (Maybank)

PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL JANNAH NEGERI PAHANG

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *