KURSUS SEMBELIHAN

“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, darah (yang keluar mengalir), daging khinzir (termasuk semua anggota tubuhnya), binatang-binatang yang disembelih bukan kerana Allah, yang mati tercekik, yang mati dipukul, yang mati kerana jatuh dari tempat yang tinggi, yang mati ditanduk, yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala.” (al-Maidah: 3)

Rumah Kebajikan Baitul Jannah Maran, Pahang telah mengadakan kursus penyembelihan pada 12 Mac 2022 yang lalu. Kursus sembelihan ini bermula sekitar jam 9.00 pagi melibatkan seramai 16 orang pelajar Baitul Jannah. Kursus dimulakan dengan sedikit taklimat cara sembelihan daripada wakil Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Antara objektif utama Kursus Sembelihan ini adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada para pelajar tentang kaedah penyembelihan yang menepati syarak.

Aktiviti penyembelihan ternakan seperti lembu, kambing dan bebiri sering dilaksanakan umat Islam di negara ini apabila ia berkaitan keperluan untuk ibadah akikah, korban atau majlis keraian. Bagaimanapun, kebanyakan pengetahuan masyarakat ketika ini berhubung proses penyembelihan adalah secara turun-temurun daripada satu generasi ke satu generasi yang lain tanpa sebarang pentauliahan daripada mana-mana pihak bertanggungjawab.

Semoga dengan adanya Kursus Sembelihan ini dapat memberi satu pengalaman baru kepada pelajar-pelajar dan dapat memberikan kefahaman mengenai konsep halal dan haram dari sudut Islam serta memantapkan kefahaman mereka mengenai penyembelihan menurut konsep halalan toyyiban.

562740138603 (Maybank)

PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL JANNAH NEGERI PAHANG

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *