SEPATU RAYA
“Sesungguhnya Allah mengurniakan rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki tanpa perhitungan.” (Ali Imran: 37)
Bagi memberikan keceriaan kepada anak-anak yang tidak bernasib baik, seorang sahabat Baitul Jannah telah menaja kasut raya untuk anak-anak di Baitul Jannah. Keceriaan jelas terpancar pada wajah 18 penghuni Rumah Kebajikan Baitul Jannah, Maran apabila berpeluang memilih kasut raya mereka di kedai kasut Al Ikhsan Kuantan, Pahang. Sungguh luar Biasa rezeki mereka.
Setelah selesai membeli kasut, anak-anak Baitul Jannah dibawa berkelah di pantai, berbuka puasa dan solat tarawih di Masjid Negeri.
Membeli-belah pakaian dan kasut baru adalah sebahagian daripada keseronokan menyambut Syawal bagi kanak-kanak selain mengumpul duit raya apabila berkunjung dari rumah ke rumah. Saat membeli kelengkapan berkenaan adalah waktu yang ditunggu-tunggu mereka kerana mahu memilih sendiri pakaian dan kasut idaman.
Oleh itu, menjelang hari raya ibu bapa insan paling sibuk menyediakan keperluan anak mereka dan keluar membeli-belah. Namun, bagi anak-anak yatim atau asnaf yang ditinggalkan keluarga di rumah kebajikan, hanya penjaga yang menjadi pengganti ibu bapa.
Bagaimanapun, tidak semua rumah kebajikan dapat memenuhi permintaan anak jagaan mereka dan lazimnya persediaan menyambut hari raya dibuat secara ala kadar berikutan dana yang terhad. Tiada baju dan kasut baru untuk anak di bawah jagaan kerana apa yang penting keperluan makan dan minum untuk meneruskan kelangsungan hidup.
562740138603 (Maybank)
PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL JANNAH NEGERI PAHANG
Add Comment