TADARUS AL-QURAN RAMADAN
Ramadan bulan diturunkan al-Quran seperti firman Allah SWT yang bermaksud: “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan membezakan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Rumah Kebajikan Baitul Jannah Maran turut tidak ketinggalan dalam mengimarahkan Ramadan kali ini dengan fokus bertadarus antara zohor dan asar. Setiap hari para pelajar akan membaca 3 juzuk al-Quran dan dalam tempoh 10 Ramadan mereka berjaya khatam 30 juzuk al-Quran. Kami memastikan aktiviti ini dijalankan sepanjang Ramadan.
Memulakan membaca al-Quran pada bulan Ramadan ini dengan usaha yang jitu diharap menjadi pemangkin kepada para warga Baitul Jannah untuk melatih diri merasai kemanisan mengalunkan ayat suci al-Quran dan menjadikan diri seorang yang istiqamah.
Membaca al-Quran pada bulan Ramadan tidak sama dengan membacanya pada bulan lain kerana apabila dibaca pada bulan Ramadan, ganjarannya berlipat kali ganda daripada bulan lain.
562740150023 (Maybank)
PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL JANNAH NEGERI PAHANG
Add Comment