AGIHAN BARANG

Melangsaikan barang agihan pada mangsa banjir, ada seorg ibu berkata ” dapat jugak saya pakain baju baru, kalau tak banjir tak ada org nak hantar pakaian ni “

kesian pulak rasanya. Insyallah tengahari esok saya akan menerus perjalanan penghantar barang untuk mangsa banjir, kalau tak kerana banjir mungkin saya tak kenal org org ini dan mungkin saya tak tahu apa masalah mereka, semoga Allah permudahkan segala usaha ini.

Banjir dah berlalu sekarang kedengaran pula macam macam kisah bak kata org “rumah dah siap pahat berbunyi “semua org mampu bantu saudaranya, jangan politikan kerana yg susah mangsa banjir yg bermain politik org yg nak hulur bantuan. Saya kesian pada mereka tiada lagi harta benda malah nak masak pun dapor tak ada, jika kita rasa bahawa yg jadi mangsa tu saudara kita apa salahnya kita hulurkan apa yg ada, sekolah akan dibuka 2 minggu lagi, apa yg mangsa banjir ni fikir? semua org kena fikir.