Gerabak Rezeki: Kongsi Yang Kita Ada, Ambil Yang Kita Tiada

Rumah Kebajikan Baitul Jannah sejak dibuka di bumi Maran ini, bukan hanya fokuskan kebajikan buat penghuninya bahkan penduduk sekitar. Hampir setiap hari kami menerima kedatangan dari penduduk sekitar yang memerlukan keperluan harian terutamanya keperluan barang makanan.

Atas dasar itu kami menyediakan rak khas yang diletakkan segala barang keperluan dapur bagi sesiapa sahaja yang memerlukan. Rak ini menempatkan barang-barang seperti beras, gula, garam, kicap, bihun, sardin, minyak, teh, tepung dan ada ketika kami turut menyediakan ayam dan ikan mentah di dalam peti bersebelahan dengan rak ini.

Kami turut menyampaikan bantuan secara berkala buat asnaf, muallaf, orang asli yang tinggal sekitar Daerah Maran.

Ada ketika Gerabak Rezeki yang kami sediakan ini kosong tanpa barang-barang keperluan atas sebab kekurangan dana bagi membekalkan keperluan ini.

Atas sumbangan andalah maka gerabak rezeki ini dapat terus berfungsi membantu sesiapa sahaja yang memerlukan.

Mohon sumbangan dari sahabat-sahabat semua agar Gerabak Rezeki ini dapat terus berkhidmat membekalkan makanan kepada yang memerlukan.

SUMBANG | DERMA BULANAN

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *