Rumah Kebajikan Baitul Jannah adalah satu-satunya rumah kebajikan yang terletak di Daerah Maran. Diasaskan oleh Almarhumah Ummi Rusnah Abu Samah pada tahun 2015, kami mengfokuskan pendidikan agama & tahfiz buat penghuni di sini. Selain dari kanak-kanak biasa, penghuni di sini turut terdiri daripada:
-
➺ Anak yatim
-
➺ Anak-anak keluarga asnaf & miskin
-
➺ Anak pelarian & tiada warganegara
Rumah Kebajikan Baitul Jannah mampu menampung sehingga 100 orang penghuni dalam satu-satu masa sekiranya bagunan ini berjaya disiapkan sepenuhnya.
Buat masa sekarang, rumah kebajikan ini hanya berfungsi di bahagian bawah dengan kapasiti penghuni seramai 40 orang kanak-kanak sementara di bahagian atas masih dalam fasa baik pulih.
Buat masa sekarang kami amat-amat memerlukan dana pembangunan bagi menyiapkan bagunan ini sepenuhnya. Antara keperluan kami adalah:
-
➺ Memasang kelengkapan sumber air (menara tangki air, pam air & sistem paip)
-
➺ Menyiapkan kelengkapan elektrik
-
➺ Membina kakilima & longkang
-
➺ Memasang mozek, cat dan awning
-
➺ Menyiapkan jalan tar
-
➺ Menyiapkan kelengkapan asrama dan kelas
-
➺ Perabot dalaman bangunan
Kami memerlukan dana RM 200,000 lagi bagi menyiapkan bagunan ini sepenuhnya yang nanti bakal dihuni oleh anak-anak yang bakal menjadi orang yang berilmu, ustaz, guru yang akan menjaga agama ini pada masa akan datang.