Pasar Malam

“… Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba….” ( Al-Baqarah : 275 )

Tiga bulan sekali kami akan bawa anak-anak Rumah Kebajikan Baitul Jannah Maran pergi ke pasar malam. Sekadar untuk meraikan anak-anak ini supaya mereka pandai bermuamalat. Setiap seorang akan diberikan wang kertas sebanyak sepuluh ringgit, mereka akan dibiarkan berbelanja di pasar malam ini dengan pesanan belilah makanan yang baik dan berakhlak dengan akhlak Islam.

Di Baitul Jannah mereka tidak boleh berjual beli sebab mereka tidak dibenarkan untuk memegang duit. kenapa mereka tidak dibenarkan memegang duit?

Hal yang demikian adalah kerana kami tidak mahu bezakan kehidupan anak-anak yang ada duit dan anak-anak yang tidak pandai mengurus duit sendiri. Dalam masa sama untuk mengelak daripada berlakunya kecurian.

Duit raya anak-anak ini kami simpan dan akan diberikan kepada penjaga apabila mereka pulang beraya kelak. Perbelanjaan pasar malam hari ini tidak menggunakan duit simpanan mereka, malah duit yang digunakan adalah duit tunai Baitul Jannah sendiri.

Inilah seni kami menjaga anak-anak Rumah Kebajikan Baitul Jannah.

562740138603 (Maybank)

PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL JANNAH NEGERI PAHANG

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *