Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-65

Merdeka bebas dari penjajah, merdeka untuk kita bebas berdakwah, beragama, berekonomi, dan berbakti. Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Tarikh keramat ini merupakan tarikh hari kemerdekaan yang disambut oleh seluruh rakyat Malaysia pada setiap tahun.

Pada 31 Ogos 2022 , Rumah Kebajikan Baitul Jannah Maran telah mengadakan Sambutan hari Kemerdekaan. Sambutan ini diadakan adalah untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 65 pada tahun ini.

Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu kebesaran negeri Pahang, Seterusnya, sambutan dimeriahkan lagi dengan nyanyian hebat lagu Jalur Gemilang dan 31 Ogos dari pelajar-pelajar Rumah Kebajikan Baitul Jannah. Terukir senyuman di bibir Para Guru dan kakitangan apabila melihat persembahan tersebut. Usai sahaja persembahan itu, sambutan kemerdekaan diteruskan lagi dengan Pertandingan azan dan hafazan antara pelajar.

Acara ilmiah lain yang telah dipertandingkan adalah kuiz dan mewarna yang bertemakan kemerdekaan, aktiviti tersebut telah kita laksanakan sebelum program merdeka ini. Selain itu, kita juga telah mengadakan acara sukaneka yang dilaksanakan selama 3 hari sebelumnya.

Majlis diakhiri dengan ucapan daripada Mudir Rumah Kebajikan Baitul Jannah, ustaz Muhammad Salman Al Farisi dan Pengerusi, ustazah Ummu Solehah serta penyampaian hadiah buat para pelajar yang menyertai pertandingan.

Merdeka itu hari kita memperingati pejuang yang berjihad mempertahankan agama dan negara kita dari penjajahan kuasa dan agama asing.

562740138603 (Maybank)

PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL JANNAH NEGERI PAHANG

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *