MASJID TERPENCIL TERJEJAS BANJIR
Bencana bukan kehendak alam.
Sumbangan RM 3,000 keseluruhan untuk kami Pertubuhan Kebajikan Baitul Jannah habiskan bagi membeli kelengkapan masjid yang terjejas akibat banjir agar kembali beroperasi semula. Antara kelengkapan yang ingin diganti ialah sejadah, al Quran, rehal dan rak.
Mungkin ramai yang terlepas pandang akan masjid-masjid kecil seperti ini, hal ini kerana faktor kedudukan masjid ini terletak di ceruk kampung. Terdapat 4 buah masjid di persisir Sungai Pahang yang terkesan akibat banjir. Kami di Baitul Jannah sedaya upaya berusaha mengagihkan barang-barang keperluan di samping membantu dalam kerja-kerja pembersihan di Masjid yang terjejas.
Banjir yang melanda negeri Pahang penghujung tahun 2021 menyebabkan banyak masjid dan surau di 10 daerah terjejas. Semua masjid dan surau yang terjejas membabitkan daerah Bentong, Raub, Lipis, Jerantut, Temerloh, Bera, Maran, Kuantan, Pekan dan Muadzam Shah di Rompin. Ada antara masjid dan surau yang tenggelam sepenuhnya, ada dinaiki air separuh dan ada juga air naik sampai halaman atau dewan dan bangunan kelas milik masjid.
Sehubungan dengan itu, sebahagian daripada masjid dan surau berkenaan memperoleh sumbagan daripada pihak NGO (badan bukan kerajaan) selain inisiatif masjid itu sendiri.
562740138603 (Maybank)
PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL JANNAH NEGERI PAHANG
Add Comment