AGIHAN PEK IFTAR RAMADAN

Rezeki yang paling manis adalah rezeki yang dikongsi.

Agihan 25 pek makanan iftar oleh Rumah Kebajikan Baitul Jannah Maran setiap hari bermula 1 Ramadan sehingga 26 Ramadan. Bantuan berbentuk pek makanan juadah berbuka puasa ini diagihkan masing-masing kepada penduduk di sekitar Maran.

Menu yang disediakan berbeza dan dipelbagaikan setiap hari dengan setiap hidangan mengandungi nasi lauk, sayur dan kuih. Agihan makanan dilaksanakan seawal jam 5.30 petang bermula dari Kampung Bak-Bak dan seterusnya diagihkan di sekitar Bandar Maran.

Antara penerima dikenal pasti adalah petugas barisan hadapan keselamatan, golongan B40 dan asnaf. Kami berharap agihan juadah berbuka puasa ini dapat meringankan beban golongan yang memerlukan.

562740150023 (Maybank)

PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL JANNAH NEGERI PAHANG

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *