PERTUBUHAN / TENTANG KAMI

 

Pertubuhan Kebajikan Baitul Jannah Negeri Pahang adalah sebuah NGO yang memfokuskan untuk memberi bantuan pendidikan & kemanusiaan masyarakat tempatan.

 

 

Didaftarkan pada tahun 2015, Baitul Jannah diasaskan oleh Almarhumah Ummi Rusnah Abu Samah, kami sangat aktif sehingga kini dapat membantu masyarakat yang menghadapi masalah dalam kehidupan dari segi kewangan, kesihatan, keperluan hidup dan sebagainya.

Di samping menjalankan misi dan projek kemanusiaan, kami juga mempunyai sebuah rumah kebajikan yang terletak di Kampung Bak-Bak, Maran, Pahang. Rumah kebajikan ini mampu menempatkan sehingga 100 orang penghuni dalam satu-satu masa.

CARTA ORGANISASI

Pengerusi (Pemangku)   : Muhammad Salman Al Farisi
Timbalan Pengerusi   : Dato’ Haji Muhammad
Setiausaha                : Maizatul Akmaliah
Timbalan Setiausaha : Muhammad Thoriq
Bendahari                 : Ummu Jannah
AJK 1                        : Mohd Azizi
AJK 2                        : Aisyah Safinaz

 

Matlamat kami agar bantuan yang diberi dapat memberikan impak yang besar buat penerima.
Sertai kami sebagai penyumbang ataupun sukarelawan bagi menjayakan misi kebajikan dan kemanusiaan ini.